Tuesday 26 February 2013

7 Macam Pahala yang Dapat Dinikmati Selepas Matinya

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh
macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.


1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia
tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal
ibadat di dalamnya.


2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai
... selagi ada orang yang minum
daripadanya.


3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan
mendapat pahala selagi ada orang yang
membacanya.


4.Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.


5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman
selagi ada yang memakannya baik dari
manusia atau burung.


6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang
berguna selama ia diamalkan oleh orang
yang mempelajarinya.


7.Orang yang meninggalkan anak yang
soleh yang mana ianya selalu mendoakan
kedua orang tuanya dan beristighfar
baginya


8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-
Qur'an maka orang yang mengajarnya
akan mendapat pahala selagi anak itu
mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa
mengurangi pahala anak itu sendiri. Subhanallah :)


       Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah
S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati
anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga macam :


1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekaht
Amal Jariah)


2.Ilmu yang berguna dan diamalkan.


3.Anak yang soleh yang mendoakan baik
baginya.


sumber : *sudah tahukah anda? (facebook)

0 comments:

Post a Comment